Otot-otot mata menjadi letih kerana terlalu memberi tumpuan kepada huruf-huruf atau formula-formula fisika atau matematik yang bersaiz font 12 atau kurang.
Sebab itulah ramai pelajar yang apabila belajar merasa mengantuk.
Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat.
Apabila mata terlalu mengantuk kita akan menjadi hilang tumpuan.
Akibatnya, tumpuan kita tersasar.
Ini cukup merugikan masa.
Kenapa mengantuk? Kenapa ketika bermain atau menonton televisyen mata kita tidak mengantuk?
1. Tidak cukup tidur.
Ini memanglah puncak utama pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi.
Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.
Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang waktu dengan aktivitas yang tidak beguna seperti bersembang maya di Internet atau nonton tivi seharian
2. Tidur yang berlebih-lebihan.
Tidur yang terlalu lama . waktu yang mencukupi adalah 6-8 jam sehari
3. Makan terlalu banyak.
Apabila makan terlalu banyak maka perut terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan saat belajar
4. Badan terlalu letih.
Mengantuk dapat pula disebabkan badan terlalu letih dengan aktivitas sepanjang hari.cobalah mengurangi kepadatan aktivitas.
5. Tiada minat belajar.
Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar.
Sebelum kita pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu?
Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.
Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tentulah tidak.
Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.
Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri.
Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.
sumber :http://blog.uin-malang.ac.id

2 comment:
ini pake bahasa melayu ya?
sesep, bknny harus pake gambar yah? :D
Post a Comment